COVID-19 - Nyahkan wabak Covid-19 dari muka bumi


Assalamualaikum sahabat sekalian,

Jom sahabat kita sama-sama  menyumbang dalam memutuskan rantaian Covid19. Selain usaha dengan hanya duduk diam dirumah kita juga mestilah berdoa setiap waktu solat memohon kepada Allah agar menghapuskan Covid19 dari muka bumi. Pohon juga supaya Allah sembuhkan mereka yang dijangkiti Covid19 dan agar Allah mengurniakan penawar dan Vaksin Covid.

Amalkan istighfar atau zikir nabi Yunus semasa baginda terkurung didalm perut ikan.  Saya sertakan rasionalnya. Agak Panjang tapi berbaloi untuk rujukan agar kita faham. 

‘Nyahkan Wabak Covid-19 dari muka bumi’🪓🪓🪓

A.   JOM KITA BERISTIGFAR

100 X WAKTU PAGI SELEPAS SUBUH ATAU WAKTU DHUHA
100X WAKTU PETANG LEPAS MAGHRIB.
📍!!!!!PENTING!!!!!📍
👍JAGA SOLAT 5 WAKTU
👍JAGA AURAT
👍JAGA PANDANGAN
👍PUTUSKAN BERITA PALSU ATAU FITNAH
👍SANGKA BAIK

📌LAKUKAN DENGAN PENUH TAWADUK, KHUSYUK DAN RENDAH DIRI.

Petikan dari berita harian bertarikh Rabu, 16 Oktober 2019

Semua masalah yang dirujuk kepadanya, Hasan al-Basri akan menyuruh supaya orang itu beristighfar. Bingung melihat perkara itu, seseorang bertanya kepadanya apakah semua masalah boleh selesai hanya dengan istighfar.

Hasan al-Basri menjawab, ia bukan penyelesaian yang beliau berikan tetapi firman Allah SWT dalam al-Quran.

Allah SWT berfirman, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anakmu dan mengadakan untukmu kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai. Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?” (Nuh: 10-13)

Dari Abdullah bin ‘Abbas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melazimi (sentiasa) membaca istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kelonggaran, dan dari setiap kesempitan jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(HR Ibnu Majah No: 3809)

“Oleh itu, jika Allah SWT mengampuni dosa kita, bermakna Dia suka kepada kita dan akan dikurniakan rezeki melimpah-ruah. Namun, jangan anggap sudah cukup istighfar sahaja, sebaliknya perkara wajib lain masih perlu dibuat,” katanya.

Beliau mengingatkan kelebihan beristighfar sangat penting dan besar. Rasulullah SAW yang maksum dan dijanjikan syurga sendiri beristighfar dengan penuh penghayatan sebanyak 70 hingga 100 kali sehari.

Justeru katanya, kita perlu memperbanyakkan istighfar dan taubat kerana keutamaannya yang sangat besar dan Allah SWT yang memerintahkan hamba-Nya supaya sentiasa beristighfar serta bertaubat kepada-Nya.

@bilangan yang dicadanglan hanyalah panduan sahaja

B) JOM BERZIKIR DENAGN ZIKIR NABI YUNUS
PENGAJARAN KISAH NABI YUNUS (diterima melalui Whatsapp)

Nabi Yunus terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus ketika beliau sempat di LOCKDOWN oleh Allah di dalam perut ikan paus, sehingga wajar bila tubuh Nabi Yunus saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman, tanpa teman bicara, dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen.

Nabi Yunus bukan di LOCKDOWN di dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau di LOCKDOWN di dalam perut ikan paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus benar-benar sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan, terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah LOCKDOWN secara fizikal  dan logiknya.

Untungnya Nabi Yunus AS segera menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah sampai menghukumnya dengan LOCKDOWN beliau di dalam perut ikan paus. Kalau kecerdasan PQ dan IQ sudah tak berdaya untuk mencari dan menemukan solusi, maka kita harus berusaha menggunakan kecerdasan EQ, SQ, dan RQ, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Yunus.

Mari kita perhalusi dan menghayati  perjalanan dan proses Nabi Yunus sebelum, semasa dan hingga berhasil keluar dari LOCKDOWN yang ada.

1. Bermula dari kemarahan Nabi Yunus kepada kaumnya yang sukar diajak untuk beriman kepada Allah.

2. Nabi Yunus mengancam kaumnya akan diberikan Azab apabila tidak beriman juga.

3. Nabi Yunus pergi meninggalkan dari kaumnya dalam keadaan marah, pergi naik kapal yang berpenumpang penuh.

4. Diperjalanan terjadi badai, dan kapal harus mengurangi jumlah penumpang, dan Nabi Yunus terpilih menjadi yang harus dibuang dari kapal.

5. Setelah dibuang ke laut, Nabi Yunus lalu ditelan oleh ikan paus.

6. Nabi Yunus akhirnya sedar diri bahawa dia sudah berbuat salah kerana tidak bersabar tapi malah marah dan menyalahkan kaumnya.

 7. Lalu dengan kesedaran itulah Nabi Yunus bertaubat dengan kalimat "Laa Ilaaha illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin", yang ertinya "Tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim".
Inilah kalimat taubat Nabi Yunus ini lalu mengundang Rahman dan Rahimnya Allah, sehingga selamatlah ia dari cengkaman LOCKDOWN Ikan Paus.

Mari kita maknai secara mendalam tentang kalimat taubat ini. Kita  berubat dengan Taubat seperti kisah Nabi Yunus ini. Inilah saatnya untuk kita mengambil pengajaran dan hikmah.

1. Laa Ilaaha Illaa Anta.
Ertinya Tidak ada Tuhan kecuali Engkau.
Penyakit: Situasi hari ini ketika kita telah di LOCKDOWN, masih  banyak orang yang bertuhankan wang, harta, jabatan, pengaruh, glamour, like, love, followers, ilmu, khayalan dan sebagainya.

Taubat....Ya Allah saya sedar sepenuhnya mulai hari ini bahawa hanya Engkau Tuhanku. Aku masih sering menuhankan diri sendiri, mencari pujian dari makhluk, jarang memujiMu dengan tulus, dan aku sering ragu tentang kemampuanMu atas segala sesuatu, tapi malah yakin penuh atas kekuatan makhluk yang lemah. Padahal hanya Engkau yang mampu menggerakan ikan paus yang besar sampai virus corona yang kecil.

2. Subhaanaka
Maha Suci Engkau.
Penyakit: Masih banyak yang menganggap dirinya suci, paling benar, paling hebat. Atau masih banyak yang menganggap Ustadz itu pasti benar, pasti suci, tiada salah, tiada dosa. Aku tidak mahu belajar dari ustaz lainnya, kecuali ustaz yang itu.
Taubat: Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Suci. Apapun yang Engkau lakukan pasti adil dan benar. Tak pernah salah, tak pernah zalim.

3. Innii kuntu minazh zhaalimiin.
Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim (lemah dan banyak salah).
Penyakit: Masih banyak orang yang suka menyalahkan takdir Allah, dan menyalahkan orang lain atas nasib buruk yang menimpa dirinya.

Taubat: Berhentilah menyalahkan orang lain, apalagi menyalahkan Allah, berhentilah berdebat merasa paling hebat, berhentilah menyalahkan pemerintah dan ulama, berhentilah membanding-bandingkan antara kerja kerajaan Malaysia dengan Korea atau Jepun, berhentilah marah-marah kepada orang yang belum mendapat hidayah, berhentilah merasa diri paling benar, berhentilah lari dari kenyataan, dan perbanyaklah memperbaiki diri, muhasabah, pengakuan akan kelemahan, kehambaan yang serba kerdil, diri yang lemah dan penuh dosa dan kesalahan diri.

Di Era saat seperti ini, maka perbanyaklah berzikir dengan doa Nabi Yunus ini, bukan sekadar dibaca tapi difahami dan dihayati sepenuh hati.

Inilah masa untuk kita BERUBAT DAN BERTAUBAT dengan melalui kalimat Zikir Nabi Yunus, dengan mental mengurangi cinta kepada dunia sehingga takut mati, tapi justru menambah cinta kepada Allah sehingga rindu jannahNya Allah yang dipenuhi kegembiraan.
“Laa Ilaaha Illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin..."

bacalah sebanyak-banyaknya, sepenuh perasaan, seyakin-yakinnya, dan setunduk-tunduknya sebaik mungkin kepada Allah

Jika Kita merutinkan zikir ini maka, insyaa Allaah, Allah akan berkenan mengeluarkan kita semua dari cengkaman LOCKDOWN  PANDEMIK COVID-19 ini.      

READ MORE » COVID-19 - Nyahkan wabak Covid-19 dari muka bumi

TODAK WATERFRONT KK - Ikan bakar berlada berasap kepala.

Assamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama tak update blog kaypek makan-makan ni... Maaf bebanyaklah ye.. Dalam musim Covid-19 ni, sebenarnya tak sampai hati pulak nak update makan-makan.  Namun baynak masa terluang, jada admin rasa bagus juga update cerita lama. Tempat makan ni admin rasa ramai yang dah tahu. Awal bulan lepas, sebelum PKP ni admin sempat berkunjung ke Kota Kinabalu, atas kapasiti lawatan kerja.

Kalo ckp KK ni mesti korang dapat agakkan tempat makan yang nak dishare, betul tak? Mana lagi kalo bukan Dataran Todak atau Todak Waterfront ye tak...hiho.  Kalo yang belum pernah ke KK, satu hari nanti kalo rezeki anda, jangan lupa singgah sini.

Admin stay di hotel Promenade, untuk ke Todak ni admin ambik grab je, bayaran minima, masa ni RM4.00.  Boleh aje kalo nak menapak, tapi agak penat juga. Kalo yang berkeluarga, boleh stay di apartment Promenade, sebelah hotel je. Kalo admin boleh cadangkan, supaya tak penat berjalan, bagus korang stay di hotel Le Meridien, hotel ni dekat juga dekat dengan pasar Filipina, tempat untuk korang shopping pearl dengan ikan bilis.

Kepada mereka yang belum pernah kesini, Todak waterfront ada banyak gerai, hidangan yang disediakan hampir semuanya seafood, jadi nak pesan ayam masak kunyit tu, takdelah ya,,hihihi,
Harga adalah berdasarkan ikan atau apa jua hasil laut yang dipamerkan di gerai masing-masing.  Insya Allah fresh.

Boleh dikatakan semua gerai disini bagi  fresh garenti - kalo rasa tak fresh, boleh minta balik duit. Harga ikan yang dipilih adalah termasuk harga masakan.  Harga ikan dalam lingkungan RM3.00-RM6.00/100gm, udang harimau RM12/100gm, Lobster RM150/100gm dan ada pelbagai jenis ikan, udang, lala, kerang, sotong, siput kelapa dan macam-macam lagilah.

Problem kat sini ialah nak pilih gerai yang mana satu yang sedap masakannya.  Pada admin, masakan diaorng ni taklah berapa sedap berbanding dengan restoran yang ternama. Namun harganya berbaloi.

Malam pertama admin makan digerai Nadirasa Delight.  Masakan kat sini yang admin rasa best ialah udang goreng butter. Manakala kerapu steam, sayur midin goreng dan udang pedas tak berapa menarik tapi sebab dia fresh maka sedaplah juga hihih.

Malam Kedua, admin ke gerai Masakan Jawa Special.  Kat sini, masakan yang admin suka ialah ikan bakar sambal berlada dan sayur campur.   Kerapu steam tu sama je rasanya dengan gerai Nadirasa Delight.  Lobster butter pun pada admin kurang sedap.

Admin cadangkan ambil air kelapa muda yang tidak sejuk sebagai minuman.  Air kelapa ni bagus untuk meneutralkan balik apa-apa yang terlebih yang biasanya terhasil bila makan seafood.

Untuk makan tengahari, korang boleh ke Warong Pokdi Kelate. Warong tu nama kedai je, sebenarnya ianya adalah sebuah restoran.  Ada pelbagai lauk-pauk disini. Restoran ini juga menyediakan masakan pantai timur seperti nasi dagang dan kerabu.

Okeylah, sampai sini dulu ya.  Jaga diri.  Kekal Sihat. Duduk Rumah. Insya Allah admin doakan korang yang belum pernah menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu akan diberikan rezeki untuk kesini.

Bye dulu

Salam Sayang

Admin

Zool Kaypek















READ MORE » TODAK WATERFRONT KK - Ikan bakar berlada berasap kepala.

KEDAI MASAKAN KAMPUNG IBRAHIM – asam pedas mayong yang menusuk rasa


Turn kedai masakan kampung Ibrahim pula menjadi pilihan untuk admin berkongsi rasa.  Menu menjadi pilihan sudah tentulah masakan asam pedas (apa boleh buat sebab my febret..hihihi).  Kat sini admin suka asam pedas mayong.  Biasanya bahagian kepala jadi taruhan.  Best beb, terutamnya tang pipi dan bibir dia. Bukan setakat sedap, banyak kolagen lagi.  Asam pedas mayong kat sini ditambah dengan sedikit lada hitam, tu yang bertambah kick. 

Kedai ni sebenarnya banyak lagi menu yang menarik dan esotik antaranya siput gonggong, siput sedut, kerang, kepah, lala, kupang dan belangkas.  Ketam dan Udang ada juga.  Kebanyakkan pelanggan yang ke sini biasanya  memilih belangkas sebab sukar untuk diperolehi di tempat lain.  Masakan belangkasnya pun terbaik, cuma selera saya untuk belangkas hanya di Belangkas Mahkota di bandar Kota Tinggi.

Ikan bakar berlada juga tidak kurang hebatnya.  Biasanya saya akan memilih ikan siakap bakar sebagai tambahan kepada asam pedas mayong.  Lembut isinya dengan sambal yang cukup rasa membuatkan peluh merecik didahi.  

Restoran ini agak popular dan mudah untuk dicari.  Namun seandainya anda baru kali pertama ke Desaru atau pengerang,  restoran terletak di tepi jalan Kota Tinggi-Pengerang, betul-betul di persimpangan masuk ke Teluk Sengat.   Sekiranya anda dari Kota Tinggi menghala ke desaru/pengerang, restoran terletak selepas Felda Air Tawar 1, di bahagain kanan anda.   

Kedai makan ni telah menjadi pilihan kepada rancagan JJCM, TV3.  Anda boleh search di google dengan kata kunci “Kedai Masakan Kampung Ibrahim”.  Google akan memberikan anda lokasinya.  Pastikan lokasi tersebut menghala ke Teluk Sengat.

Cheers, salam sayang, 

Admin Z                                                                                   -
Singgah page FB kami dan like 
#kaypektdibits















READ MORE » KEDAI MASAKAN KAMPUNG IBRAHIM – asam pedas mayong yang menusuk rasa

JOM SARAPAN – nah pilih 7 makanan terbaik untuk sarapan anda!!!



i.                 Keju
Kaya dengan protein yang boleh meningkatkan kasr metabolisma, mengenyangkan dan menurunkan rasa lapar. Bagus untuk diet.

ii.                Kopi
Kafein yang boleh meningkatkan mood keceriaan, lebih berwaspada dan prestasi minda.
iii.               Oatmeal
Mengadungi fiber dikenali sebagai beta-glukan yang berfaedah kepada sistem pencernaan dan dibuktikan juga boleh menurunkan kolestrol. 
iv.               Chia seeds
Mengandungi ‘Viscous Fiber’ yang boleh menyerap air dan meningkatkan penyerapan dan pergerakan makanan melalui system pencernaan.  Ianya mengenyangkan dan baik untuk mereka yang sedang berdiet atau ingin menurunkan berat badan.
v.                Buah beri
Buah yang mempunyai kelebihan menurunkan kadar gula dalam darah dan membekalkan fiber semulajadi kepada tubuh badan.
vi.              Kekacang
Kaya dengan vitamin, mineral dan protein dan membantu dalam mencegah kenaikan berat badan.
vii.             Flaxseeds
Seperti Chia seeds, ia juga kaya dengan ‘Viscous Fiber’ dan mengenyangkan.  Ia juga boleh meningkatkan kadar sensitivity insulin.
viii.           Telur
Mulakan sarapan anda dengan dua biji telur untuk meningkatkan mood keceriaan anda, membantu mengurangkan pengambilan kalori, mengekalkan keseimbangan gula dalam darah dan insulin.

Like untuk mengikuti kaypek tidbits.
Cheers, salam sayang,
Admin Z
#kaypektdibits
https://www.facebook.com/Kaypektidbits/


READ MORE » JOM SARAPAN – nah pilih 7 makanan terbaik untuk sarapan anda!!!

JAKARTA TUNGGU AKU KEMBALI LAGI – best giler air kelapa jeruk.

Assalamualaikum,

Kalau ke Jakarta, Nasi padang adalah kebiasaannya menjadi pilihan admin. Biasanya admin singgah di Restoran Nasi Padang Sederhana. Lauk pauknya terutama rendang antara yang terbaik berbanding dengan restoran nasi padang lain. Kalau ke Palembang pula, Restoran nasi padang yang terbaik ialah Pagi Sore, disini ayam goreng panasnya memang yang terbaik.
Minuman pulak, pilihan admin ialah Air Kelapa campur dengan Jus Jeruk (limau). Memang kenalah kombinasi dia. Selain daripada tu, Jus Sirsak (durian belanda), yang ni pun best, fresh lagi..Kalau nak order, pastikan gula pisah, sebab biasanya manis sangat.
Suatu masa dulu admin suka Jus Apokat, tapi sekarang tak berapa suka sangat sebab terlalu pekat, mengenyangkan dan memuakkan, lebih-lebih lagi selepas makan nasi.





Makan malam pilihan pulak ialah seafood di restoran Layar atau sedap malam. Bubur kwangtong pun antara menjadi pilihan. Bubur yang di sediakan bersama lauk-pauk panas. Boleh google untuk mencari lokasinya.











Selamat mencuba.
Like untuk mengikuti kaypek tidbits.
Cheers, salam sayang, pauk
Admin Z -

READ MORE » JAKARTA TUNGGU AKU KEMBALI LAGI – best giler air kelapa jeruk.

OUTSTATION KAT KLUANG LAGI???? – Jom Minum Petang.


Nak minum petang, sudah tentulah Railway Kopitiam.  Juga boleh google untuk tau lokasinya.  Admin sebenarnya  sudah lama tak ke sini untuk minum petang. 

Admin lebih suka makan pisang goreng.  Warong pisang goreng yang selalu Admin pergi ini menyediakan pelbagai gorengan dan yang best tu, sambal kicap dia.  Memang power beb..

Anda boleh minum petang disini.  Terdapat juga makcik yang menjual ayam golek disebelah warong.  Ayam golek dia pun best.  Kalau nak order dan makan kat warong ni pun ok.  Tokeh warong no hal.  Takdelah macam restoran yang ada notis ‘No outside food allow’.

Warong pisang ini terletak di sebelah Shell jalan rambutan, jalan yang sama menuju ke Kluang Mall.

Mohle ke sini,   

Like untuk mengikuti makan dimana dan kudapan enak di  kaypek tidbits.

Cheers,salam sayang, 
Admin Z
#Kaypek Tidbits



READ MORE » OUTSTATION KAT KLUANG LAGI???? – Jom Minum Petang.

ASAM PEDAS WARISAN BONDA – not bad hah, berpeluh juga


ASSALAMUALAIKUM....

Hari ini admin nak share lunch di Pontian, manalah tau anda terpergi ke sini pulak.  Di pontian ada beberapa restoran yang menyediakan asam pedas yang hanya dimasak apabila ada order.  Untuk kali ni, admin memilih restoran Asam Pedas warisan Bonda untuk santapan tengahari kami.  Admin memilih kepala ikan Jenahak. Setiap bahagian ikan mentah yang dipamerkan telah pun dilabelkan harganya.  Untuk kepala yang admin pilih, harganya adalah RM20.40.

Namun anda terpaksa menunggu untuk ikan yang dipesan masak secukupnya.  Taklah lama sangat, sekitar 15-20minit je, tapi kalau dah lapar, rasa macam setahun je tunggu tu..hihihi..
Pada admin rasanya tidaklah sesedap Sabak Uni di Parit Raja atau Tepian Sungai, Bukit Batu.  Sahabat admin yang makan bersama pula berpendapat sebaliknya, dia kata lebih sedap.  Entahlah..Selera masing-masing..  

Telur dadar memang sudah menjadi menu aksesori wajib untuk di makan bersama dengan asam pedas.  Memang kenalah kombinasinya.  Sayur yang best pulak, admin pilih sambal goreng, kalau takde, taugeh dan kobis goreng pun satu kombinasi yang best.  Tambah pulak dengan kicap lemak masin..perhhh…terangkat.

Lokasi, boleh google dengan kata kunci  “asam pedas warisan bonda pontian”

Like untuk mengikuti kaypek tidbits.
Cheers, salam sayang,
Admin Z
Website kami di kaypek.blogspot(.)com
#kaypektdibits

READ MORE » ASAM PEDAS WARISAN BONDA – not bad hah, berpeluh juga