TODAK WATERFRONT KK - Ikan bakar berlada berasap kepala.

Assamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama tak update blog kaypek makan-makan ni... Maaf bebanyaklah ye.. Dalam musim Covid-19 ni, sebenarnya tak sampai hati pulak nak update makan-makan.  Namun baynak masa terluang, jada admin rasa bagus juga update cerita lama. Tempat makan ni admin rasa ramai yang dah tahu. Awal bulan lepas, sebelum PKP ni admin sempat berkunjung ke Kota Kinabalu, atas kapasiti lawatan kerja.

Kalo ckp KK ni mesti korang dapat agakkan tempat makan yang nak dishare, betul tak? Mana lagi kalo bukan Dataran Todak atau Todak Waterfront ye tak...hiho.  Kalo yang belum pernah ke KK, satu hari nanti kalo rezeki anda, jangan lupa singgah sini.

Admin stay di hotel Promenade, untuk ke Todak ni admin ambik grab je, bayaran minima, masa ni RM4.00.  Boleh aje kalo nak menapak, tapi agak penat juga. Kalo yang berkeluarga, boleh stay di apartment Promenade, sebelah hotel je. Kalo admin boleh cadangkan, supaya tak penat berjalan, bagus korang stay di hotel Le Meridien, hotel ni dekat juga dekat dengan pasar Filipina, tempat untuk korang shopping pearl dengan ikan bilis.

Kepada mereka yang belum pernah kesini, Todak waterfront ada banyak gerai, hidangan yang disediakan hampir semuanya seafood, jadi nak pesan ayam masak kunyit tu, takdelah ya,,hihihi,
Harga adalah berdasarkan ikan atau apa jua hasil laut yang dipamerkan di gerai masing-masing.  Insya Allah fresh.

Boleh dikatakan semua gerai disini bagi  fresh garenti - kalo rasa tak fresh, boleh minta balik duit. Harga ikan yang dipilih adalah termasuk harga masakan.  Harga ikan dalam lingkungan RM3.00-RM6.00/100gm, udang harimau RM12/100gm, Lobster RM150/100gm dan ada pelbagai jenis ikan, udang, lala, kerang, sotong, siput kelapa dan macam-macam lagilah.

Problem kat sini ialah nak pilih gerai yang mana satu yang sedap masakannya.  Pada admin, masakan diaorng ni taklah berapa sedap berbanding dengan restoran yang ternama. Namun harganya berbaloi.

Malam pertama admin makan digerai Nadirasa Delight.  Masakan kat sini yang admin rasa best ialah udang goreng butter. Manakala kerapu steam, sayur midin goreng dan udang pedas tak berapa menarik tapi sebab dia fresh maka sedaplah juga hihih.

Malam Kedua, admin ke gerai Masakan Jawa Special.  Kat sini, masakan yang admin suka ialah ikan bakar sambal berlada dan sayur campur.   Kerapu steam tu sama je rasanya dengan gerai Nadirasa Delight.  Lobster butter pun pada admin kurang sedap.

Admin cadangkan ambil air kelapa muda yang tidak sejuk sebagai minuman.  Air kelapa ni bagus untuk meneutralkan balik apa-apa yang terlebih yang biasanya terhasil bila makan seafood.

Untuk makan tengahari, korang boleh ke Warong Pokdi Kelate. Warong tu nama kedai je, sebenarnya ianya adalah sebuah restoran.  Ada pelbagai lauk-pauk disini. Restoran ini juga menyediakan masakan pantai timur seperti nasi dagang dan kerabu.

Okeylah, sampai sini dulu ya.  Jaga diri.  Kekal Sihat. Duduk Rumah. Insya Allah admin doakan korang yang belum pernah menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu akan diberikan rezeki untuk kesini.

Bye dulu

Salam Sayang

Admin

Zool Kaypek















0 comments:

Post a Comment