
Kedai ni sebenarnya banyak lagi menu yang menarik
dan esotik antaranya siput gonggong, siput sedut, kerang, kepah, lala, kupang
dan belangkas. Ketam dan Udang ada juga. Kebanyakkan pelanggan yang ke sini
biasanya memilih belangkas sebab sukar
untuk diperolehi di tempat lain. Masakan
belangkasnya pun terbaik, cuma selera saya untuk belangkas hanya di Belangkas
Mahkota di bandar Kota Tinggi.
Ikan bakar berlada juga tidak kurang hebatnya. Biasanya saya akan memilih ikan siakap bakar
sebagai tambahan kepada asam pedas mayong.
Lembut isinya dengan sambal yang cukup rasa membuatkan peluh merecik
didahi.
Restoran ini agak popular dan mudah untuk
dicari. Namun seandainya anda baru kali
pertama ke Desaru atau pengerang,
restoran terletak di tepi jalan Kota Tinggi-Pengerang, betul-betul di
persimpangan masuk ke Teluk Sengat.
Sekiranya anda dari Kota Tinggi menghala ke desaru/pengerang, restoran
terletak selepas Felda Air Tawar 1, di bahagain kanan anda.
Kedai makan ni telah menjadi pilihan kepada rancagan
JJCM, TV3. Anda boleh search di google
dengan kata kunci “Kedai Masakan Kampung Ibrahim”. Google akan memberikan anda lokasinya. Pastikan lokasi tersebut menghala ke Teluk
Sengat.
Cheers,
salam sayang,
Admin Z -
Singgah page FB kami dan like
#kaypektdibits
0 comments:
Post a Comment