BARU SAMPAI BANGKOK part 2 – mana nak cari makanan halal ni???


Assalamulaikum,

Selain makanan Thai, nasi beryani, nasi arab dan roti canai pun ada dan di jual di restoran Pakistan atau arab.  Tapi tak payah cubalah, agak mengecewakan je terutamanya roti canai, sebab diaorang ni guna frozen punya. 

Kalau hendak bershopping sakan pada sebelah malam, bolehlah berjalan di sepanjang Ratchaprarop dan Phetchaburi road berhampiran dengan Paladium Mall dan Platinum Mall, di kenali sebagai Pratunam Market. Terdapat banyak gerai-gerai pacak yang menawarkan harga lebih murah berbanding dengan Mall.  Asalkan korang pandai tawar-menawar, dapatlah harga yang berbaloi. 



Disekitar Kawasan ni pun ada beberapa restoran halal seperti Samat Muslim Food dan Indian Cuisine.  Ada juga restoran Arab yang menyediakan surau ditingkat atas.  Hanya taip mosque di google map dan anda akan dibawa ke sebuah restoran arab.  Entrance ke surau adalah sama dengan entrance restoran.

Untuk Hotel budget yang selesa dan berhampiran dengan Pratunam Market tu, admin cadangkan Bangkok Venice Suite.  Kadar satu malam lebih kurang RM200.  Hotel ni juga berhampiran dengan Pladium, Platinum dan Isetan mall, boleh berjalan kaki.  Namun untuk ke MK mall, kenalah naik taxi dengan tambang 150bath.  Tak jauh sebenarnya, kurang lebih 50 minit je kalau nak berjalan kaki.


Opps, hampir telupa. Mesti terfikir masa balik nanti, kat Airport ada makanan halal ke tak kan?  Jawapannya, ada kat dalam foodcourt.  Satu je, jual nasi campur. Terletak hujung sekali, sebelah kiri pintu masuk.  Masaalahnya, takde sinki untuk basuh tangan. Nak pakai sudu, rasa macam geli pulak, maklumlah ada yang menjual daging babi.  

Sudu pulak macam  kat foodcourt sini, berkongsi dengan kedai lain, bukan dari kedai halal tu.  Pesan admin, sediakanlah sudu sendiri, atau sekurang-kurangnya bawaklah wet tisu untuk lap tangan selepas makan. Jangan ambik lauk yang berkuah. Makan ala kadar jelah, bukan sedap pun lauk kat sini, atau tak payah makan terus.

Oklah sampai sini je yang mampu admin share.  Semoga bermanafaat.
#Like untuk mengikuti makan dimana dan kudapan enak di  kaypek tidbits.
#Cheers, salam sayang,





0 comments:

Post a Comment