Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masa admin pergi Bangkok suatu
ketika dahulu, memang peninglah juga fikirkan nak cari makanan halal. Sebenarnya taklah susah mana. Asalkan hotel kita dekat dengan Masjid, Insya
Allah banyak restoran makanan halal yang berhampiran. Namun tidak semua hotel dekat dengan masjid, ya,
tak. Admin pun tak duduk di hotel dekat
dengan Masjid, jadi kenalah berjalan jauh sikit.
Tapi jangan bimbang, kalau ke shopping mall yang besar biasanya
akan ada satu atau dua restoran yang menyediakan makanan halal. Admin ke shopping mall yang biasa dikunjungi
orang Malaysia, di kenali sebagai MBK mall.
Kat Mall ni macam-macam korang boleh jumpa, pakaian, HP, elektronik,
souvenir, jam, kamera, kasut, beg dan banyak lagilah.
Makanan halal kat MBK mall ni pun
senang diperolehi. Foodcourt dia berada
di tingkat 5. Ada beberapa restoran halal disini. Antara yang femes ialah Yana Restaurant. Menu masakan Thainya memang terbaik. Menu pilihan admin dah tentulah Tomyam, yelah
nak rasa yang originalkan, mestilah terus order Tomyam. Rasanya tidak mengecewakan, namun harganya
agak mahal.
Selain di Yana, terdapat juga konsep
gerai-gerai dalam satu center foodcourt yang menggunakan sistem kad pra bayar.
Beli kad prabayar dan top-up untuk membeli makanan. Jangan risau sebab baki duit terus boleh
ambil semasa keluar dari foodcenter buka pintu keluar mall. Jangan terlupa
pulak nak claim duit baki tu.
Terdapat juga gerai dalam
foodcourt ni yang menyediakan makanan halal. Center foodcourt ni terletak berhadapan dengan
Yana Restaurant. Disini pulak admin
pekena kari Thai. Perhhh, sedap giler,
terliur pulak bila teringat sambil menaip ni.
Antara Tomyam dan kari Thai ni, admin lebih memilih kari Thai yang extra
pedas.
Air yang admin pilih ialah Jus
Mangga. Ayo yo, tak boleh nak ceritalah,
sedap sangat Jus mangga diaorang ni. Teringat je, terus ngences, meleleh air
liur admin..hahaha, jangan marah. Bukan
kat sini je yang sedap Jus Mangga ni, malah tempat lain yang admin pernah rasa seperti
di Krabi pun sedap. Cuma kat sini lagi
kicklah berbanding di Krabi.
Satu lagi jangan lupa juga cuba
teh ais. Terbaik beb, teh ais ni admin pekena kat food court
shopping mall Platinum, Phetchaburi road.
Mall Platinum ni lebih kepada baju dan fashion. Nama mall ni pun Platinum Fashion Mall.
Okeylah, stop sini dulu,
bersambung di lain harilah ya.
Jangan lupa LIKE page atau review
untuk sambungannya..
#Like untuk mengikuti makan dimana dan kudapan enak
di kaypek tidbits.
#Cheers, salam sayang,
#Admin Z
https://www.facebook.com/Kaypektidbits/






0 comments:
Post a Comment