Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Tercari-cari makan tengahari yang best kat Kota Tinggi???
Hah, apa kata kalau anda pergi ke Belangkas Mahkota.
Asam pedas diaorang pun terbaik. Bukan tu
je, diaorang ada juga menyediakan belangkas, siput gonggong, kari ayam kampung,
ikan bakar, kerang sambal dan sebagainya.
Rasa memang tidak mengecewakan. Lauk yang biasa admin makan ialah Asam Pedas
sembilang, telur dadar (goreng bila ada order) dan sayur, ini pun dah terangkat.
Korang boleh pilih mengikut selera sendiri.
Kat mana Belangkas Mahkota tu. Kepada yang tak biasa
pergi, bila sampai di bandar Kota Tinggi, cari land mark Jam atau KFC. Sekiranya Jam di sebleah kanan dan KFC di sebelah kiri, maka anda perlu bergerak kedapan lagi sehingga berjumpa stesyen minyak Petron di sebelah kiri anda. Masuk ke simpang Petron tu dan terus ke Kiri, anda akan nampak restoran tersebut.
Atau anda google je dengan keyword ‘Belangkas Mahkota Kota Tinggi’
pandailah uncle G dan makcik Waze tu tunjuk jalannya.
Like untuk mengikuti makan dimana
dan kudapan enak di kaypek tidbits.






0 comments:
Post a Comment