Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

Selepas tol, belok kiri lebih kurang 300m, anda akan Nampak deretan kereta parking. Kat situ ada satu kedai Namanya Kedai Makan Pak Raub. Menu daging salai masak lemak cili api dia memang terangkat beb. Padanlah kereta berderet parking sepanjang jalan dekat dengan kedai dia.
Saya pun baru kali pertama pergi. Masa tu saya ambik daging salai, babat dan sayur pucuk ubi. Berselera sungguh. Rasa daging salai yang lembut dan kuah lemak yang pekat tapi lancar je sampai ketekak tu betul-betul menusuk ke lidah sampai tak ingat ada orang lain kat sebelah. Silap haribulan, awek pun tinggal tu. Susahlah nak gambarkan kesedapannya, apa pun korang kena trylah sekali.
Terdapat juga menu lain seperti puyuh salai, keli berlado, rendang daging dll. Diaornag pun ada jual kudapan seperti kerepek pisang, kuih ros, rempeyek, kuih bangkit, kuih bako dan sebagainya.
Like page kami di https://www.facebook.com/Kaypektidbits/ untuk mengikuti kaypek tidbits.
Cheers, Salam sayang,
Admin Z
#kaypektdibits
0 comments:
Post a Comment