Assalamualaikum,
Suka makan asam pedas. Post kali ni admin nak share Asam Pedas febret Admin iaitu di Asam Pedas Tepian Sungai, Bukit Batu Johor.
Asam Pedas ikan merahnya memang terbaik. Perhhhh…Kuah asam pedas yang masih berasap dan menyilau tu sungguh memukau sehinggakan tidak disedari sudu dah sampai ke mulut dan tetiba terasa sesuatu yang sukar digambarkan menusuk 4 deria rasa di lidah. Bunyian slurpppp, tak sengajalah pulak terkuat..hihihi. Rasanya mak mentua lalu pun tak sedar ni. Awek yang cun didepan mata pun terpaksa ditinggalkan sementara.
Cubitan isi ikan merah yang lembut digaul rapi bersama nasi dan kuah, di tambah pula telur dadar dan sayur taugeh goreng segar menjadikan jejari yang menyentuhnya secara otomatik mengepal nasi lantas dibawa masuk ke dalam mulut dan dikunyah pelan-pelan sambil menutup mata kenikmatan.

Nak tau kat mana, hah, apalagi kat Asam Pedas Tepian
Sungai di Bukit Batu, Sedenak, Johor. Lebih kurang 1.5 km daripada highway,
exit Sedenak. Kalau korang dalam perjalanan ke JB, dah sampai waktu lunch kat
area situ, exitlah sekejap ke toll Sedenak.
Lepas toll tu belok kanan menuju ke Bukit Batu. Lebih kurang 1 Km, sebelum jambatan ada satu gerai di sebelah kanan korang. Kedudukannya di bawah jalan, senang jelah nampak gerai tu. Pastikan Gerai Asam Pedas Tepi Sungai. Harga dia pun berpatutan, kepala merah hanya sekitar RM16-20.
Lepas toll tu belok kanan menuju ke Bukit Batu. Lebih kurang 1 Km, sebelum jambatan ada satu gerai di sebelah kanan korang. Kedudukannya di bawah jalan, senang jelah nampak gerai tu. Pastikan Gerai Asam Pedas Tepi Sungai. Harga dia pun berpatutan, kepala merah hanya sekitar RM16-20.

Gerai ni hanya menyediakan menu Asam Pedas ikan merah. Side order seperti sayur dan telur dadar hanya digoreng sekiranya diminta..jadi panas-panas lah hasilnya. Extra menu, sup kambing, pun terangkat juga.
Nak tau time buka kan.
Admin share sikit kat korang.
Waktu operasi dari Jam 7:00 pagi hingga 4 petang.
Gerai dibuka dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup hari Ahad.
Admin share sikit kat korang.
Waktu operasi dari Jam 7:00 pagi hingga 4 petang.
Gerai dibuka dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup hari Ahad.

Ok, Selamat mencuba…Try it, bukan kedai admin, hanya berkongsi, kot-kot dah sampai area tu waktu lunch. Tip kalau takut terlepas, hah, kalau korang dari KL dah nampak exit ke Simpang Rengam tu, maka selepas itu akan muncul exit ke Sedenak. Kalau korang dari JB pulak, sudah tentulah selepas exit Kulai.
Suka Asam Pedas, nak tahu mana lagi yang sedap di Johor ni,, apalagi like dan follow page FB admin di https://www.facebook.com/Kaypektidbits/
#Admin
Z
https://www.kaypek.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment