ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Anda gemar shopping
pasu-pasu, bunga-bunga plastik dan
pelbagai peralatan atau goodies perkahwinan di Air Hitam? Penat shopping tak tau nak lunch kat mana
kan?
Apakata drive ke arah Parit Raja,
lebih kurang 10 minit atau 8 km daripada simpang 4 Air Hitam. Kat situ ada sebuah kedai makan, namanya Asam
Pedas Sabak Uni. Terletak di sebelah
Masjid Jamek Seri Sabak Uni, sejurus selepas masjid, di bahagian kanan anda
(sekiranya anda menuju ke Parit Raja).
Asam pedas ikan Jenahaknya memang
terbaik. Pekena sekali garenti nak
berkali-kali. Kat sini saya biasanya
akan order kepala Jenahak, telur dadar dan sambal goreng. Asam pedasnya tu kalau dicampur dengan nasi,
ditambah sedikit kicap (ini febret saya) dan dimakan bersama telur dadar dan
sambal goreng,..perhhh, tak dapat nak digambarkan, terangkat beb, saya yang
sedang menaip ni pun terbayang sampai terliur.
Oklah, saya ingat nak pekena lagilah. Di Parit Raja juga ada sarapan best tau, lontong warisan. Ada pelbagai lauk pauk untuk dikenakan dengan lontongnya.
Oklah, saya berehat dulu ya. Untuk mengetahui kat mana tempat yang best
untuk makan terutamanya di Johor, LIKE lah page saya.
untuk mengikuti makan dimana
dan kudapan enak di kaypek tidbits.
Cheers, salam sayang, Admin Z
#Kaypek Tidbits



0 comments:
Post a Comment